Penyakit Bateri Disebabkan Penumbuhan Kristal Sulfat

Bagaimana Bateri Rosak & Tidak Mencapai Usia Sepunuhnya

Bateri biasanya melepaskan cas lebih lama daripada dicas. Oleh itu, plumbum sulfat (PbSO4) dihasilkan lebih cepat daripada ia boleh dikembalikan ke dalam plumbum (Pb), plumbum dioksida (PbO2), dan air, lihat persamaan di bawah:

Pengecasan:
2PbSO4 + 2H20 → Pb + PbO2 + 2H2SO4

Pelepasan Cas:
Pb + PbO2 + 2H2SO4 → 2PbSO4 + 2H20
​Apabila plumbum sulfat dibiarkan dengan jangka masa yang lama, plumbum sulfat yang mulanya lembut akan mengeras dan membentuk kristal. ​Tidak seperti plumbum sulfat dalam bentuk yang lembut, kristal ini tidak boleh kembali semula kepada bahan aktif (plumbum dan plumbum dioksida).

​Dengan penumbuhan kristal diatas plat plumbum di dalam bateri, makin lebih permukaan plat akan diliputi dengan lapisan yang akan menghalang aluran elektrik. Lebih lagi, bahan aktif yang diperlukan telah mengeras dan tidak boleh digunakan.

Akhirnya, bateri akan hilang semua bahan aktif dan dianggap ‘mati’. Inilah sebab bateri kehilangan jangka usianya dan rosak dalam masa yang singkat.

3 Fasa Penumbuhan Plumbum Sulfat

Stage 1: Spongy Sulfation
Fasa 1: Plumbum Sulfat Lembut
  • Plumbum sulfat dalam bentuk yang lembut.
  • Masih boleh dipulangkan sebagai bahan aktif yang boleh digunakan apabila bateri dicas.
  • Rintangan rendah (biasanya < 6 mΩ).
Fasa 2: Pembentukkan Plubum Sulfat Berintangan
  • Pembentukan ikatan kovalen bermula diatas permukaan plat plumbum bateri.
  • Rintangan dalam bateri akan meningkat.
  • Kemungkinan besar bateri tidak boleh menghidupkan enjin kenderaan.
Fase 3: Pembentukkan Plumbum Sulfat Kristal
  • Pembentukan kristal yang lebih besar dengan ikatan yang lebih kukuh.
  • Hanya tinggal permukaan kecil diatas plat plumbum bateri yang tidak diliputi kristal, menghadkan tindakbalas kimia.
  • Bacaan rintangan yang tinggi.
  • Bateri tidak boleh menghidupkan enjin.
12V Infinitum Desulfator

Penyelesaian Terbaik Untuk Penyakit Sulat Bateri

Infinitum Desulfator menghalang penumbuhan plumbum sulfat bateri dan melarutkan kristal plumbum sulfat yang sedia ada, untuk menghasilkan bateri dengan jangka hayat maksimum dan prestasi optimum.

Infinitum Desulfator menghasilkan ‘Amplitude Modulated Pulses’ (AMP) dalam frekuensi yang resonan dengan kristal untuk memecahkan dan melarutkan ikatan kovalen kristal dan menghasilkan bahan aktif yang diperlukan olah bateri.

Bateri yang bebas dari kristal sulfat akan mengalami jangka hayat maksimum.

Infinitum Desulfator boleh menggandakan jangka hayat bateri sebanyak dua atau tiga kali dan menjimatkan wang anda.

Isi Borang Di Bawah Untuk Membuat Pesanan Anda